IJM Land Half Marathon 2018 Dapat Sambutan Luar Biasa

IJM Land Half Marathon 2018 Dapat Sambutan Luar Biasa
Rate this post

IJM Land Marathon, seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak kongsikan dengan korang tentang satu acara tahunan yang di anjurkan oleh syarikat hartanah IJM Land iaitu IJM Land Half Marathon 2018. Menarik acara tahunan ini ialah mendapat sambutan luar biasa tidak kira daripada penduduk di dalam negara mahu pun diluar negara. Lebih 9000 orang  termasuk dari Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Thailand, Singapura dan Taiwan berkumpul di DataranCentrio di Seremban 2 untuk IJM Land Marathon Half 2018.

IJM Land Marathon, seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Pada tahun sebelumnya acara ini mencatat pendaftaran sebanyak 7500 orang peserta dan angka meningkat ke 9000 peserta pada tahun ini. Dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’, sudah tentu menunjukkan acara tahunan anjuran IJM Land ini mempunyai matalamat yang jitu dalam menarik minat orang ramai terutama di sekitar Seremban 2 supaya menjalankan aktiviti yang lebih sihat.

seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Ada  tiga jarak larian yang dipertandingkan oleh IJM Land iaitu 5KM, 12KM dan 21 KM. Pelari terpantas lelaki dan wanita akan menerima Trofi Grand IJM Land Half Marathon Challenge. Semua pelari yang berjaya menghabiskan larian akan menerima medal penghargaan dan beg giigies sebagai kenang-kenangan peserta.

IJM Land Marathon, seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Kepada pengunjung lain pula mereka juga dihiburkan dengan persembahan badut, minuman percuma, ais krim, popcorn, gula-gula kapas dan pelbagai lagi. Pengunjung juga dapat melakukan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh sponsorship IJM Land, Hospital Columbia Asia.

IJM Land Marathon, seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Aku pula sebagai blogger mengharapkan IJM Land meneruskan acara tahunan ini kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara penduduk di Seremban 2 dan dalam masa yang sama menghidupkan suasana kehidupan di kawasan Seremban2 dan kawasan sekitar. seremban 2, larian, medal, marathon, event, aktiviti, sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.