Di Sebalik Tabir Andainya Takdir 2 Watak Kamal

Di Sebalik Tabir Andainya Takdir 2 Watak Kamal
Rate this post

Assalamualaikum,

Post kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang satu drama yang akan ditayangkan pada bulan May ini iaitu Andainya Takdir 2. Alhamdulillah untuk musim kedua ini aku diberi peluang untuk menjayakan sebuah karya hebat terbitan Dato A. Aida iaitu A.Aida Productions. Yang menariknya drama ini pada musim pertama menjadi trending luar biasa apabila mendapat tontonan lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Kamal, Airil, Andainya Takdir 2

Andainya takdir mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai masalah panas bran dan sikap cemburu yang luar biasa sehingga tahap memukul isteri dan anak. Karya ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Aku pula memegang watak Kamal iaitu kawan rapat kepada Airil (Shukri Yahaya). Kamal adalah orang yang selalu Airil berkongsi masalah dan mendapat khidmat nasihat. Rakan sekerja kepada Airil. Jadi aku sangat-sangat mengharap drama ini dapat memberi impak dan kesan mendalam kepada hati penonton.

Banyak feedback positif yang aku baca di facebook yang tak sabar-sabar menunggu keluarnya drama ini. Dan khabarnya drama ini akan bermain di slot Samarinda jam 10 pm pada bulan puasa nanti (mungkin akan ada perubahan). Jadi aku harap boleh terus menyokong karya ini, dan kalau ada apa-apa tag jer aku di laman sosial, InsyaAllah aku balas. Jadi gunakan #andainyatakdir2 untuk kita borak2 supaya ianya trending nanti yer :D.

Di dalam entry ni aku kongsikn juga gambar sepanjang penglibatan aku dalam projek Andainya Takdir 2 ini.

Kamal, Andainya Takdir 2

Nina Iskandar, Fatihah

Kamal Andainya Takdir 2, Fatihah. Airil

Eoon Shuhaini, Kamal, Andainya Takdir 2

Jumal, Kamal, ndainya Takdir 2

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.