Buffet Ramadhan Murah Di The Vanue Shah Alam

Buffet Ramadhan Murah Di The Vanue Shah Alam
Rate this post

Assalamualaikum,

Untuk entry kali ini aku nak kongsikan tentang salah satu jemputan yang aku terima iaitu Buffet Ramadhan yang di anjurkan oleh The Vanue, Shah Alam.

Paling menarik sekali sudah tentu dengan harga early bird yang ditawarkan oleh pihak The Vanue. Di zaman sekarang ni agak sukar untuk kita mencari harga buffet Ramadhan yang serendah rm 58. Tapi di The Venue, kita dapat makan dengan harga yang sangat murah.

Bila kata murah, mesti ramai risau dengan kualiti makanan. Korang jangan risau, semua hidangan yang disediakan adalah dari seorang Chef terkenal tanah air, lebih mudah kalau kita panggil Chef Selebriti, dengan status chef selebriti ni sudah tentu makanan yang di hidang mesti ada standard yang bagus setanding dengan status chef. Chef tersebut bernama Chef Nabil Md Salleh.

 

Menarik jugak untuk dikongsikan ialah cara hidangan yang disediakan. The Vanue menguna cara station makanan yang dihidang diatas tempat hidangan yang bulat, jadi memudahkan korang untuk tidak beratur ketika mengambil makanan.

 

 

Makanan setiap hari berbeza, ini akan membuatkan tetamu yang datang tidak merasa jemu kerana menu yang disediakan berbeza setiap hari.

 

 

 

Ok, kepada korang semua, jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri Buffet Ramadhan yang dianjurkan oleh The Vanue Shah Alam ni.

Ok, kalau korang datang. Korang boleh rujuk :-

The Venue Shah Alam
No 15,, Jln 15/22, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
019-858 5825

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.