Nizam Ijam Dalam Udin Glamor Balik Kampung Musim Ke 2

Nizam Ijam Dalam Udin Glamor Balik Kampung Musim Ke 2
5 (100%) 1 vote

nizam ijam udin glamor balik kampung

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak share dengan korang tentang drama terbaru yang keluar kat RTM. Drama Udin Glamor Balik Kampung Musim ke 2. Drama ini untuk musim pertama mendapat hit dan tontonan yang ramai, jadi sekarang di rtm2 sedang tayang drama ini untuk musim kedua :).

nizam ijam udin glamor balik kampung

Drama ini dibintangi oleh dua orang pelakon terkenal tanah air iaitu Johan Asaari dan juga Nabila Huda. Drama yang mengisahkan tentang udin seorang jejaka kampung yang sudah pun menjadi pelakon terkenal di bandaraya. Untuk musim kedua ini, udin ingin berlakon dikampung tempat kelahirannya. Jadi watak aku di dalam drama ini iailah sebagai penolong pengarah. Watak pengarah pula dibintangi oleh Pak Chu Raja Lawak.

Screen Shot 2016-01-20 at 9.37.02 AM

Untuk peluang ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada NHF Production kerana memberi saya peluang untuk melakonkan watak sebagaii penolong dan berharap boleh berkerja dilain projek pulak :D. Kalau korang tengok drama ini dah tentu banyak adegan2 lucu yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang terlibat.

Screen Shot 2016-02-04 at 11.47.40 AM

Bertemakan komedi aku berharap drama ini akan menjadi lebih baik dan lebih ramai penonton berbanding musim pertama. Kepada korang yang nak tengok drama ini secara online korang boleh lah tonton melalui laman web RTM iaitu Myklik 🙂

One thought on “Nizam Ijam Dalam Udin Glamor Balik Kampung Musim Ke 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.