Ev Ting Juara Clash Of Heroes

Ev Ting Juara Clash Of Heroes
5 (100%) 1 vote

MMA One Champion Clash Of Heroes

Assalamualaikum, hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang perlawanan One Championship yang diadakan di Stadium Negara baru-baru ini. Melibatkan perlawanan Clash Of Heroes melibatkan dua peserta yang terkenal dengan latar belakang masing-masing. Ev Ting lahir di Malaysia dan dibesarkan di New Zealand, dia bermain bola sepak di sekolah dan pada tahun 2009 memulakan latihan MMA di Auckland, sejak dari itu dia mula memenangi pelbagai MMA dan kickboxing termasuklah memenangi Supremacy Featherweight Title. Beliau juga telah berperang di peringkat antarabangsa seperti di Australia, Malaysia, Hong Kong dan Macau.

high_res_Ev-Ting-2-750x370

Terdapat 10 perlawanan yang melibatkan peserta pelbagai negara di antaranya beberapa peserta dari Malaysia iaitu Saiful Merican dan Agilan Thani, didalam perlawanan melibatkan Agilan Thani, beliau menang keatas James Kouame dengan cara submision manakala Saiful Merican pula tewas kepada pesaing dar Filipina iaitu Geje Eustaquio dengan knockout di pusingan yang pertama.

IMG_9412.0.0 (1)

Perlawanan utama pada hari tersebut ialah perlawanan yang melibatkan Ev Ting melawan peserta dari Filipina iaitu Eric Kelly. Perlawanan yang di tunggu-tunggu oleh semua penonton kerana perlawanan ini diberi gelaran Clash Of Heroes. Perlawanan ini pada awalnya nampak seimbang kerana kedua-dua peserta dilihat agresif menyerang dan bertahan dan situasi itu sangat mengembirakan penonton yang hadir untuk melihat perlawanan itu secara live.

Ev Ting berjaya mengatasi Eric Kelly di pusingan terahir iaitu pusingan ketiga dengan submission dan semestinya memberi sorakan yang kuat untuk peserta tuan rumah. Gelangang keramat di Klaua Lumpur ini menjadi saksi diatas kemenangan Ev Ting keatas Eric Kelly yang lebih gemar diberi jolokan The Natural itu. Dari segi fizikal, kami sebagai penonton melihat Eric Kelly mempunyai kelebihan tetapi ternyata di dalam MMA ini bentuk fizikal sahaja tidak cukup untuk memenangi perlawanan, apa yang penting ialah bagaimana sesorang peserta itu mengunakan teknik dan ketahanan stamina mereka untuk mengambil peluang diatas kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan.

11257157_10208949731007496_1002104961367830560_o

Terima Kasih aku ucapkan kepada Metro Event iaitu salah satu organisasi yang menjayakan MMA One Championship Clash Of Heroes, atas kontest yang dibuat dan aku berjaya memenangi hadiah saguhati iaitu 2 tiket bronze :D.. yeah.. hope lepas ni akan ada lagi kontest2 macam ni 🙂

1382262_10208921778228694_1347339655416542373_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.