Tawaran Berlakon Filem Epik Hebat The Chini Saga

Tawaran Berlakon Filem Epik Hebat The Chini Saga
5 (100%) 1 vote

Assalamualaikum… hari ni aku nak kongsikan berita gembira dengan korang.. Selepas aku berusaha keras memberi yang terbaik dalam casting The Chini Saga yang berlangsung di FINAS .. Di depan pelakon hebat Soffi Jikan dan Datuk Hilal Azman akhirnya aku dipilih untuk menjadi salah seorang pelakon di dalam Filem epik yang bernilai 20 juta ni… Filem yang akan mengunakan lebih 80 % CGI yang di import khas dari pakar-pakar CGI Holywood.. Filem ini sudah tentu akan memberi satu fenomena baru dan nafas yang segar dalam industri perfileman Malaysia nanti …

Antara gambaran awal jalan cerita filem ini

Di ketuai oleh pengarah, producer dan pelakon utama Pveevi Zain .. Filem epik ini akan menjelajah 7 negara antara nya Palestin, China, Indonesia, India, Korea Selatan dan beberapa negara Eropah.. Melihat wawasan dan semangat pengarah filem ini.. Saya yakin inilah masanya untuk kita membuka mata luar tentang kualiti perfileman yang ada di Malaysia..

Inilah masanya untuk kita memperkenalkan sejarah dan kehebatan Malaysia di mata dunia… Di luar banyak filem epik yang mendapat tempat dihati penonton dunia seperti Lord Of The Ring, Pirates Of Caribbean, Godzilla dan beberapa filem epik terbaik dunia. Jadi mengetengahkan sejarah Naga Tasik Chini sudah tentu akan memberi peluang kepada orang mengenal dan menghargai filem epik keluaran rakyat Malaysia ini..

Melihat usaha dan gaya producer hebat ini mendalami dan mengkaji macammana cara untuk menjadikan filem ini satu filem yang boleh menjadi fenomena bukan saja di Malaysia malahan di pasaran global.. Aku nampak filem ini boleh pergi sejauh yang mungkin .. !

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pveevi Zain kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk menabur bakti di dalam filem ini… Dah tentu ianya satu peluang yang luar biasa dan pengalaman berlakon di dalam filem CGI ni akan memberi aku pengalaman baru… Berkerjasama dengan pelakon-pelakon yang hebat jugak akan memberikan aku satu inspirasi baru dalam skil lakonan aku di masa yang akan datang…

InsyaAllah aku dan mereka akan berkampung di Janda Baik Pahang untuk shooting filem ini… Saya mengharap korang mendoakan kami mampu memberikan yang terbaik untuk tatapan korang di panggung nanti 😀

 

2 thoughts on “Tawaran Berlakon Filem Epik Hebat The Chini Saga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.