Treasure Hunt Ephyra Yang Mencabar

Treasure Hunt Ephyra Yang Mencabar
5 (100%) 1 vote

Ini gambar menunjukkan baju lebih penting dari MUKA

Assalamualaikum.. hari ni aku nak share dengan korang tentang Treasure Hunt yang baru aku join… Treasure Hunt ni adalah anjuan Ephyra satu produk kecantikan yang didutai oleh pelakon terkenal Norman Hakim dan Memey Suhaiza… Dalam Treasure Hunt ini ada beberapa task yang perlu kami buat untuk merebut wang tunai sebanyak rm 2000 ..

Antara yang menarik sekali task yang kami ada ialah bergambar dengan signboard Ephyra di lebuhraya Utara Selatan… Di tengah2 matahari terik.. dan kereta yang banyak disitu membuatkan orang yang lalu lalng disitu pelik… apa kebendenyer bergambar tepi lebuhraya tu toqqq HAHA

Inilah dinamakan SELFISH ! ehh SELFIE !!

Antara task yang menyusahkan aku ialah mencari lelaki memakai baju biru untuk membuat instaVIDEO…. aku tak paham kenapa orang kat KLIA2 ni x suka pakai baju biru.. mungkin dia bukan peminat JDT atau Chelsea atau Man City… dan mungkin jugak dia bukan peminat pasukan Pulau Pinang atau Perlis (semua team jersi warna BIRU) .. ditambah pulak dengan skill membuat InstagVIDEO yang semakin berkurangan… beberapa kali video yang kami buat TAK JADIK!

Task bergambar dengan mat salleh jugak satu perkara yang memeningkan kepala aku… Ramai pelancong yang datang ke KLIA2 kebanyakkkan bukan bernama MAT SALLEH atau pon Sallehuddin mahu pon Salleh Yaakob… aku syor kan selepas ni kena panjang kan lagi nama nya sekali dengan BIN .. contohnyer.. MAT SALLEH BIN SALEHUDDIN …huhu

Inilah MAT SALLEH yang aku maksudkan tu …

Task yang paling senang pada aku ialah task main futsal sambil tutup mata… task ini terlalu senang bagi aku sebab pernah menang juara dalam kejohanan futsal tertutup keluarga aku… Yang mana disertai oleh semua adik beradik aku dan semuanya perempuan… Jadi setakat task ni.. sangat2 lah kacang goreng masak pedas ujang giler bagi aku… Aku mencadangkan penambahbaikkan kepada permainan ini.. aku cadang kan selepas ini kita bermain futsal mengunakan suara…. dan aku yakin UJANG boleh menang sekali lagi sebab mulut dia macam perempuan POT PET POT PET …

Dan Alhamdulillah… aku berjaya medapat tempat ke 7 dari.. satu pencapaian yang membanggakan sebab bagi aku ranking tak penting… yang penting adalah kerjasama sebab kerja kalau kita buat bersama-sama … kita dapat no 7 pon bersama2..huhu

Aku dapat merasa sendiri minum Ephyra ni… rasa dia memang terbaik… kena minum sebelum sarapan… Kalau korang berminat untuk mencuba sendiri Ephyra ni…

Kelebihan produk Ephyra ni ialah ..

Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri

Membantu memulihkan wajah yang bermasalah

Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar

Melancarkan sistem pencernaan dalam badan

Mengurangkan kadar kolesterol

Meningkatkan tenaga dan daya ingatan

Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan

Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism

Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Harganya RM 180 sekotak premium dan mempunyai 30 paket.. korang boleh terus beli di

oceanlife2u.com
https://www.facebook.com/oceanlife2u
http://instagram.com/ephyra2u
https://twitter.com/ephyra2u
https://plus.google.com/111616768491998408545/posts

3 thoughts on “Treasure Hunt Ephyra Yang Mencabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.