Pelancaran Papa John’s Pizza Bukit Jalil

Pelancaran Papa John’s Pizza Bukit Jalil
5 (100%) 1 vote

Assalamualaikum.. hari ni aku nak kongsikan dengan korang satu event pelancaran branch Papa John’s Pizza di Bukit Jalil baru-baru ini.. ini aku kongsikan sikit artikel mengenai pelancaran Papa John’s Pizza Bukit Jalil.. Banyak yang korang boleh dapat mengenai info Papa John’s Pizza yang dah lama bertapak di Malaysia ni..

papa john pizza, papa john,kedai papa john, bukit jalil, alamat papa john bukit jalil, papa john bukit jalil, pizza kat bukit jalil, makanan, food review,

Sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation dan pengusaha salah satu rangkaian piza terbesar di dunia, bakal mengukuhkan cengkamannya dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan pembukaan cawangannya yang ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil. Ia merupakan cawangan terbaru berkonsepkan Delivery-with-Seats (DWS) yang kelima di Malaysia, dengan selainnya adalah Restaurant-Based-Delivery (RBD).

PELAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH DI MALAYSIA
Dikenali di serata dunia dengan falsafah perniagaannya – “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza boleh didapati daripada 4,300 rangkaiannya di 37 negara. Jenama piza sebutan ramai ini mula bertapak di Malaysia pada 2008 apabila Berjaya Corporation memeterai perjanjian pembangunan francais bersama Papa John’s Pizza International Inc untuk mendapatkan hak francasi tempatan. Sejak itu, kepakaran Papa John’s telah menghadirkan kegembiraan kepada jutaan pelanggannya dengan hidangan piza yang ditabur ramuan bermutu tinggi yang pastinya sungguh menggiurkan, tatkala mengembangkan jenamanya secara beransur-ansur di negara ini.

“Kami membawa masuk Papa John’s kerana kami memahami bahawa masyarakat Malaysia adalah dibentuk menerusi budaya pemakanan dan juadah yang hebat, maka kami mahu mereka merasai sendiri kelazatan piza yang disediakan dengan ramuan terbaik dan asli,” kata En. Eric Leong,Ketua Papa John’s, Wendy’s dan Pembangunan Perniagaan Berjaya.“Kami percaya bahawa piza yang bagus harus dimulakan dari peringkat bawah – dan ini merupakan analogi yang digariskan dalam strategi perniagaan kami di mana kami percaya sebelum berhasrat untuk mengorak langkah besar dalam pasaran tempatan, kami perlu pastikan yang kami memiliki asas dan sumber yang cukup kukuh untuk mengekalkan standard produk kami pada tahap tertinggi. Sekarang adalah masanya,” ujar Leong.

“Kami merancang untuk membuka enam lagi cawangan ‘Deliver-With-Seats’ pada tahun ini. Matlamat kami adalah untuk menjangkaui 100 cawangan, secara keseluruhannya, di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020. Tidak lama lagi, lebih ramai akan berpeluang menikmati kelazatan piza berkualiti kami. Kami juga akan memperluaskan liputan kawasan penghantaran untuk mencapai lebih ramai penggemar piza di mana jua mereka berada,” tambah Leong. Zon penghantaran Papa John’s Pizza kini lebih tertumpu di Lembah Klang, Melaka dan bandaraya Ipoh, tetapi ada perancangan untuk memperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

papa john pizza, papa john,kedai papa john, bukit jalil, alamat papa john bukit jalil, papa john bukit jalil, pizza kat bukit jalil, makanan, food review,
gambar yang aku tangkap

KUALITI TERJAMIN DAN AND CITARASA BERSELERA

Sebagai bukti kepada falsafah “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza berbesar hati untuk menawarkan yang terbaik buat penggemar piza – daripada doh (adunan tepung) asli paling segar dan tidak dibekukan, ditabur dengan sos tomato semulajadi sehinggalah 100 peratus daging tulen dan hirisan sayur-sayuran segar.

“Apa yang membuatkan Papa John’s jauh lebih istimewa berbanding yang lain adalah disebabkan penggunaan ramuan yang asli lagi bermutu tinggi. Kami tidak akan sama sekali berkompromi dengan kualiti pizza kami kerana hendak memastikan para pelanggan kami dapat merasai keenakannya, sekaligus memberikan rasa kepuasan tidak terhingga kepada mereka,” kata Leong. Papa John’s Pizza Malaysia adalah pemenangAnugerah Kualiti perniagaan skala-sederhana terbaik Pusat Kawalan Kualiti (QCC) Asia yang dianugerahkan Papa John’s International untuk tahun kedua berturut-turut. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan piawaian yang ditetapkan Papa John’s di Amerika Syarikat.

Selain menghidangkan piza-piza istimewa yang berkulit ringan, lembut dan menyelerakan, Papa John’s juga menambahbaik perisa dengan bahan tambahan signature – Sos Celup Keju Bawang Putih Istimewa dan Zesty Pepperoncini, untuk dimakan sekaligus memastikan setiap kunyahan diserikan dengan rasa sensasi yang baharu.

Bersempena dengan pembukaannya, Berjaya Papa John’s Pizza akan menyambut perisitiwa bersejarah ini dengan mengadakan satu promosi khas di cawangan Bukit Jalil, di mana bagi setiap pembelian piza bersaiz sederhana, pelanggan boleh membeli piza bersaiz sama berikutnya pada harga hanya 10 sen. Promosi ini akan berlanjutan sehingga 30 November 2013. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cawangan dan tawaran Papa John’s Pizza di Malaysia.

L-R-Eric_Sua_Gavin

MENGENAI PAPA JOHN’S PIZZA

Papa John’s international diasaskan oleh John Schnatter pada 1983. Semenjak hari pertama lagi, John percaya dia mampu menghasilkan piza tradisional dengan menggunakan doh segar dan ramuan bermutu tinggiSehingga ke hari ini, falsafah itu tidak berubah.

Papa John’s masih lagi mengutamakan penggunaan ramuan kualiti tertinggi untuk menyediakan piza terbaik buat para pelanggannya. Di Papa John’s, kami percaya dapat menyediakan piza tradisional yang lebih baik dengan menggunakan doh segar yang tidak dibeku dan diberi masa secukupnya untuk ia dicampur gaul sebaik mungkin dengan perisa dan tekstur, kelazatan sos piza, tomato segar, keju mozzarella 100% tulen.Disertakan bersama bahan signature tambahan Papa John’s iaitu sos celup istimewa bawang putih dan zesty pepperocinis, maka kami dapat menghasilkan satu kombinasi terunggul“Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”.

Berjaya Papa John’s Pizza Sdn. Bhd. (BPJP) ialah sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya Berjaya Corporation dan juga merupakan francaisi kepada Papa John’s International Inc., dengan hak untuk mengusahakan restoran piza Papa John’s di Malaysia.Setakat ini, Papa John’s memiliki 4,300 buah restoran di 37 negara di seluruh dunia.

Ok jelas tak mengenai Papa John ni? aku harap dengan info yang aku kongsikan ni dapat membantu korang yang mencari tentang info mengenai Papa John ni 🙂

5 thoughts on “Pelancaran Papa John’s Pizza Bukit Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.