Cara Mudah Untuk BerFesyen Bagi Lelaki

Cara Mudah Untuk BerFesyen Bagi Lelaki
3.09 (61.82%) 11 votes

fashion lelaki, lelaki maskulin, maskulin, fesyen, man fashion, cara berfesyen, fesyen laki, cara pilih fesyen, tips beli baju, tips beli kasut, cara beli kasut sesuai, fesyen lelaki yang sesuai

Ramai lelaki sekarang rasa begitu sukar untuk memilih baju untuk dikenakan di badan mereka.. Kadang-kadang ada lelaki yang takut untuk mengenakan fesyen baru ditubuh mereka kerana takut fesyen yang mereka pilih tidak kena di mata khalayak ramai.. Jadi aku kongsikan dengan korang cara terbaik fesyen yang boleh korang pilih..

ada 15 tips fesyen Lelaki yang boleh aku kongsikan dengan korang

1. Pilih pakaian yang fit dan tepat dengan badan korang.. ramai lelaki yang memilih baju lebih besar dari badan mereka… Tapi ingat.. Fit bukan bermaksud ketat.. Biar baju memeluk badan anda, bukan menjerut

2. Simple tapi smart bergaya.. Tak perlu bergaya seperi seorang artis.. Jangan pilih pakaian yang melebihi tiga warna.. Untuk menampakkan korang kelihatan segak.. Korang boleh juga pakai blazer yang fit dan dikenakan dengan seluar jeans..

3. Santai tapi bukan membosankan – yang ni korang boleh tengok program-program di TV.. Macam mana cara mereka berpakaian nampak santai tapi mengujakan!

fashion lelaki, lelaki maskulin, maskulin, fesyen, man fashion, cara berfesyen, fesyen laki, cara pilih fesyen, tips beli baju, tips beli kasut, cara beli kasut sesuai, fesyen lelaki yang sesuai
baju fit? sila abaikan rambut gua

4. Pemakaian pastikan sepadan – Duduk depan cermin dan lihat diri korang.. kalau korang pon rasa pelik.. ni kan pulak orang lain

5. Jangan shopping sorang diri.. Pergi shopping dengan member dan pastikan member itu seorang yang jujur.. jujur lah dari orang yang jual tu HAHA

6. Sentiasa peka dengan tempat – Pastikan tempat anda pergi tu bersesuaian dengan fesyen yang anda pilih.. contoh ditempat sejuk.. takkan korang nak pakai singlet pulakkan… kalau pergi event yang ade boss korang… Jangan pakai over dari boss… Takut bulan depan korang tukar kerja pulak HAHA

7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh – Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, “Ah, bedal jelah….” Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.

8. Sila berbelanja lebih untuk kasut korang.. dan kalau dah belanja banyak untuk kasut.. pastikan kasut anda dijaga rapi.. sebab awek2 kat luar suka melihat kasut yang dipakai oleh lelaki… kat situ diorang dah boleh nilai korang

9. Berhati-hati memilih t-shirt.. Biasanya logo dibaju anda akan melambangkan identiti anda… Jika anda pakai baju Ferrari dan tentu orang akan pikir anda adalah peminat kereta Formula One.

fashion lelaki, lelaki maskulin, maskulin, fesyen, man fashion, cara berfesyen, fesyen laki, cara pilih fesyen, tips beli baju, tips beli kasut, cara beli kasut sesuai, fesyen lelaki yang sesuai
duduk litar pakai baju Ferrari.. padahal ni bukan baju Ferrari..

10. Jangan terlalu terikut pada trend..  Jadi diri anda sendiri.. pilih fesyen yang sesuai dengan anda… Sebab trend ni akan datang dan pergi,,,

11. Jangan beli pakaian kerana brand.. Kadang2.. yang branded ni takde la cantik mana… Beli kat pasar malam pon boleh menampakkan anda grand… Brand tak penting… Cara anda memilih fesyen tu yang akan dipandang

12. Teruskan membentuk image korang yang tersendiri , Ini agak susah… sebab anda bukan Fashion Designer.. tapi sekurang-kurang nya korang boleh create sesuatu.. Contoh: Nizam Ijam, dia suka pakai gini gini dan gini

fashion lelaki, lelaki maskulin, maskulin, fesyen, man fashion, cara berfesyen, fesyen laki, cara pilih fesyen, tips beli baju, tips beli kasut, cara beli kasut sesuai, fesyen lelaki yang sesuai
dah tentu ni bukan gua..

13. Jangan malu untuk meminta pendapat ,Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

14. Pastikan muka bersih dan kemas , Tengok bulu hidung ada terkeluar tak? HEHE

15. Bereksperimen dengan gaya , Cuba perkara baru.. Kalau rambut sikat depan.. try sikat belakang.. Kalau sekarang pakai Tshirt biasa.. Cuba pakai Blazer.. Tak salah mencuba… Sebab cubaan itu akan membuatkan anda kelihatan lebih baik dari masa kesemasa..

Dan kalau korang nak cari Fesyen yang mantap2 korang boleh online shopping kat Zalora Malaysia

7 thoughts on “Cara Mudah Untuk BerFesyen Bagi Lelaki

  1. Assalam. Salam berkenalan.

    Bagus untuk lelaki berfesyen. Cuma tidak semua mengambil hal demikian sebagai prinsip.

    Namun , hanya dengan melihat pakaian yang di kenakan , kita tahu lelaki mana yang menjaga keterampilan dengan fesyen.
    mahmud thalut recently posted…Krisis Bajet ASMy Profile

  2. waah hensem2.. hehe

    lelaki senang je berfesyen kan..pakai apa nampak smart..
    Tapi apa yang paling hana nampak, lelaki kalau berkasut tutup nampak lebih bergaya,
    xkisah ah sport shoes ke.. kulit ke. kan kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.