Kenapa Syarikat Perlu Memilih Blogger Untuk Beriklan?

Kenapa Syarikat Perlu Memilih Blogger Untuk Beriklan?
Rate this post
pasang-iklan
iklan jom!

Hari ni aku nak kongsi dan membincangkan tentang Kenapa Syarikat Perlu Memilih Blogger Untuk Beriklan? aku baru sahaja memulakan perbincangan di dalam group DenaiHati.. Dan isu ini mendapat respon positif daripada rakan-rakan blogger yang mahu pendapat mereka di tayangkan di blog Nizam Ijam 😀

Bagi aku, ada beberapa pendapat yang aku nak luahkan, kenapa blogger patut diberi keutamaan dalam tujuan pengiklanan..

Yang paling utama ialah

  1. Hebahan di Google.. Jika sesebuah syarikat mengunakan khidmat blogger dalam mempromosikan produk mereka.. Produk mereka akan memenuhi ruangan carian Google dengan cerita yang baik-baik.. Ini memberi potensi bagi melariskan produk itu dari masa kesemasa..
  2. Tahan lama, jika syarikat tuan beriklan selain melalui blog.. berapa lama sangat iklan itu akan bertahan.. Paling sedih sekali bila dijadikan bungkusan nasi lemak sahaja..
  3. Trend, Trend sekarang sahaja menunjukkan jutaan rakyat Malaysia telah mengunakn sepenuhnya kemudahan carian google… Lihat sahaja di Facebook. hampir 15 juta rakyat Malaysia melayari Facebook sepanjang hari.. Jadi kenapa perlu mencari medan lain untuk mempromosikan barang anda?
  4. Kos yang lebih rendah, Ternyata blogger ramai yang meletakkan harga yang rendah sahaja untuk iklan, Tetapi potensinya lebih tinggi. Berapa ramai blogger diluar sana yang mempunyai pembaca yang beribu sehari tapi kos iklan di blog mereka sangatlah rendah..
  5. Blogger bertahap artis. Anda tak perlu tanya saya berapa kos untuk meminta artis mempromosikan produk anda.. jika anda seorang yang selalu online dan mencari ilmu melalui google dan facebook.. Sudah pasti anda kenal siapakah mereka yang boleh digelar artis blogger di alam maya.. Mempunyai puluhan ribu Like dan Follower di facebook dan twitter.. 😉
iklan difacebook, iklan, advertorial, blogger iklan murah, sewa iklan, entry iklan
Menghebahkan Produk anda difacebook Seperti HondaHybrid CRZ ?

Ok yang kat atas ni pendapat aku.. Aku kongsikan pendapat mereka yang lain mengenai iklan di blog ni.. Adakah berbaloi beriklan dengan blogger ni..

  •  pengaruh blogger besar – Siti Auni
  • Sekarang ini zaman serba canggih, kalau aku jadi usahawan pun aku akan pilih blogger untuk mempromosikan produk aku tu, dapat aku lihat bagaimana blog juga dapat menaikkan keyakinan pembeli dengan melihat review yang telah di hasilkan.. Blog pun medium yang bagus untuk memasarkan produk, selain iklan tu semua.. – Irwan Alessa
  • sebab iklan produk mereka yg ditulis/direview oleh blogger2 akan kekal dlm internet (search engine).. dan org ramai boleh dapat info produk selagi blogger tak delete entri tu..
    kalau iklan dalam sokkaba, hari ni iklan produk tu keluar saiz full page.. esoknya dah masuk tong sampah.lagi satu, blogger kalau buat review dia akan tulis dengan penuh ‘jiwa‘…  – Anarm
  • Sbb penulisan dr sorg blogger blh mempengaruhi orang ramai…kdg2 artis jd duta skali pon org x caya dorg pnh pakai produk tu..kalo blogger kebiasaanya brcerita dr pengalaman sendiri.. – Dkna Abza
  • Sebab, selain dari filem dan drama, wajah yang iras2 mirip Adi Putra dan Aaron Aziz hanya boleh diperolehi di blog abangensem.com – Abang Ensem
  •  Blogger byr sikit. Kalau artis, kena bayar banyak n dorang byk terikat dgn produk lain yg mungkin produk pesaing – Bro Framestone
  • Sebab blogger ramai follower yanng sentiasa nak tahu apa yang best bg dia best lah jugak utk orang lain.. lagi satu pasal SEO jugak.. agak2nya dia saje google2 tiba2 terjumpa blog kau.. pastu ada offer post iklan plak.. pastu murah plak lagi.. mmg dia suruh kau lah – Bro Fami
  • Bajet kot. Sebab kalo siar dlm tv gerenti kena bayar hampir bilion ringgit kat penyiar. – Khairil Mazri
  • kalo brada Nizam Ijam wt review, mmg rmi yg caya,tu psl kompeni tu ptot amik blogger, boleh? – Jahar Bahar
  • Viral dan blogpost sentiasa mendapat pembaca disebabkan pembaca blog semakin meningkat di Asia – Reezluv
  • surat khabar cuma guna sorang wartawan dan editor untuk review. ianya tidak menyeluruh.
    kalau blogger ni pembaca boleh baca pelbagai review dari pelbagai sudut n cabang. – Ladfe Amir
  • trend terkini pembaca lebih bergayut 24 jam online daripada membaca surat khabar dan menonton tv – Denai Hati
  • Sy penah testing promosi bisnes family..almost 70% sales come from promosi dari blog & on9, brochure tk jalan huhu…Easy viral marketing – Akma Omar

Sekian saja entry hari ini..  😀

 

23 thoughts on “Kenapa Syarikat Perlu Memilih Blogger Untuk Beriklan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.