IFTAR – Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang

Rate this post

IFTAR – Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang

Assalamualaikum… Hari ni aku dapat pulak jemputan dari bro BenAshaari untuk join team dia Kelab Blogger BA berbuka di Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang, Selangor..

Antara blogger yang hadir Que Achmad dan isteri , Pembawa Wacana dan keluarga , admin Fuh.my , MawardiYunus , Shawn , Najeeb , MK Syahir, Faizal Fredley , Dkna Abza dan tunang , Sueizza dan tunang , Qaseh Dalia , Yan Ty , Miezarx..

Kami bermula dengan berkumpul di Masjid Putra, Nak tanya sapa paling awal? aku sampai dalam pukul 6 dari Kuala Lumpur.. Lepak2 dulu melihat keindahan Masjid Putra..
Dan akhirnya mereka pon sampai..HEHE

Lepas jer solat Maghrib kami bertolak ke Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang, aku memang tak tahu la sebab duduk dalam kereta tumpang Que Ahmad. So aku tak tahu jalan HEHE

Mula-mula kami dihidangkan dengan roti John bersalut coklat sos.. Mana tak terliur aku tengok..HAHA nak jer sebat semua… Tapi kena ingat orang belakang jugak,,huhu

Ayam panggan

Nasi Putih

Kari Ikan
Lepas tu aku dan kawan2 dihidangkan dengan nasi putih, kari ikan dan ayang panggang… Bau jer pun aku dah terliur ni pulak rasa dia.. Memang meletup!!
Burger dah bakar keluar dah!!

Yang no 2!!!

apabila gambar lebih penting dari makan.. HAHA
Lepas tu bege bakor pulok…. Ni yang aku tunggu- tungggu kan. Memang terbaik rasa dia.. Daging dia di grill dengan cantik sekali membuatkan sipemakannya merasa puas denganapa yang dimakan.. 
Lamb Chop
Last sekali kami dihidangkan dengan Lamb Chop.. Rasa dia memang menjilat jari tangan dan hampir2 ke jari kaki.. Tapi jangan jilat jari kaki pulak… kang lain rasa.. HAHA
muka aku memang ade nur kan..hehe
Lastsekali bergambar beramai2… dengan tokey kedai.. Terima Kasih kat tuan kedai Encik Razman.. Semoga dimurahkan rezeki dan perniagaan semakin maju yer boss… 😀
siapa-siapa yang nak mencari alamat ni anda boleh lah search 
Alamat : Restoran Lava Grill Burger,. 
No. 15-1, Jalan 18/33A,. 
Taman Sri Serdang,. 
43300 Seri Kembangan
Selangor
HP: 017-2520031 (RAZMAN)

9 thoughts on “IFTAR – Restoran Lavagrill Burger Seri Serdang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.